Taklimat Kesedaran Pencegahan Kebakaran (Be Alert, Avert Fire)

19 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Julai 2020, kakitangan Pusat Internet PPR Seri Semarak dan beberapa kakitangan Pusat Internet Wilayah Tengah telah menghadiri taklimat kesedaran pencegahan kebakaran secara dalam talian yang telah dianjurkan oleh Pusat Internet Semenyih dengan kerjasama pihak Fire Prevention Centre (FPC) melalui aplikasi Zoom. Taklimat telah diberikan oleh wakil dari pihak FPC, Jay Wong selama 1 jam 30 minit bermula jam 10.00 pagi – 11.30 pagi.

Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran tentang perkara-perkara asas yang boleh menyebabkan kebakaran serta langkah-langkah pencegahan dan cara menanganinya. Peserta juga telah diberikan penerangan tentang pentingnya alat-alat keselamatan yang perlu disediakan di rumah, tempat kerja dan juga di dalam kereta seperti alat pemadam api, penggera asap dan alat keselamatan kereta pelbagai fungsi (escapetor flash).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali